Moga Bonda Disayang Allah

Posted by: wan blogger / Category:


Judul : Moga Bonda Disayang Allah


Penulis : Tere-Liye


Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd



Novel ini mengisahkan seorang gadis kecil bernama Melati yang comel dan keletah. Namun takdir menentukannya menjadi buta, pekak dan bisu akibat satu kemalangan yang menimpa tiga tahun dahulu. Ibu dan bapanya menjaganya dengan sabar, dengan harapan suatu hari nanti Melati akan sembuh dan ceria seperti dulu.


Tahun berganti tahun namun Melati tidak juga menunjukkan sebarang petanda akan sembuh. Di saat ibu nya hampir putus asa itulah dia dipertemukan dengan Karang, seorang pemuda yang khabarnya memahami jiwa anak-anak dan bisa menyentuh hati mereka. Jadi kepada Karang bonda meletakkan segunung harapan agar dapat disembuhkan kembali Melati sungguhpun tika itu pemuda yang bernama Karang itu sendiri sedang bergelut dengan jiwanya sendiri menyesali masa lampaunya, menjadi pemabuk dan perengus.


Semuanya kelihatan mustahil, namun bonda terus berharap pada lelaki itu..


..kerana dia percaya pemuda itu menyukai kanak-kanak bukannya kerana mereka itu comel dan keletah, tetapi kerana pada merekalah terletaknya janji kehidupan yang lebih baik.


0 comments:

Post a Comment