PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2010

Posted by: wan blogger / Category:


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kembali lagi dan pada tahun ini ia akan diadakan pada 19 hingga 28 Mac bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kepada ulat-ulat buku, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi acara tahunan ini dan bertemu dengan penulis-penulis kegemaran anda di samping menikmati diskaun pada setiap pembelian naskah buku anda. Jumpa di sana ya!


Read more »

Iron Man 2

Posted by: wan blogger / Category:

Belum pun demam Alice in wonderland reda, kini muncul sekuel kepada Iron Man, iaitu kisah seorang genius yang telah berjaya merekacipta sut pertempuran untuk menjaga keamanan sejagat.


Memang klise bunyinya. Tetapi kepada peminat-peminat filem aksi terutama pembaca-pembaca komik Marvel, ini adalah sebuah filem yang tentunya sangat berbaloi untuk ditonton.


:)


JUDUL : IRON MAN 2

PELAKON : ROBERT DOWNEY Jr , DON CHEADLE, SAM ROCKWELL.

TARIKH TAYANGAN : 7 MEI 2010 (US)


Read more »

Preview Alice in Wonderland

Posted by: wan blogger / Category:


Read more »

Moga Bonda Disayang Allah

Posted by: wan blogger / Category:


Judul : Moga Bonda Disayang Allah


Penulis : Tere-Liye


Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd



Novel ini mengisahkan seorang gadis kecil bernama Melati yang comel dan keletah. Namun takdir menentukannya menjadi buta, pekak dan bisu akibat satu kemalangan yang menimpa tiga tahun dahulu. Ibu dan bapanya menjaganya dengan sabar, dengan harapan suatu hari nanti Melati akan sembuh dan ceria seperti dulu.


Tahun berganti tahun namun Melati tidak juga menunjukkan sebarang petanda akan sembuh. Di saat ibu nya hampir putus asa itulah dia dipertemukan dengan Karang, seorang pemuda yang khabarnya memahami jiwa anak-anak dan bisa menyentuh hati mereka. Jadi kepada Karang bonda meletakkan segunung harapan agar dapat disembuhkan kembali Melati sungguhpun tika itu pemuda yang bernama Karang itu sendiri sedang bergelut dengan jiwanya sendiri menyesali masa lampaunya, menjadi pemabuk dan perengus.


Semuanya kelihatan mustahil, namun bonda terus berharap pada lelaki itu..


..kerana dia percaya pemuda itu menyukai kanak-kanak bukannya kerana mereka itu comel dan keletah, tetapi kerana pada merekalah terletaknya janji kehidupan yang lebih baik.


Read more »

Alice in Wonderland

Posted by: wan blogger / Category:



Agak menarik bila dilihat di papan-papan iklan tentang versi terbaru kisah Alice in Wonderland yang akan ditayangkan tidak lama lagi bila mana yang terpampang di situ hanyalah wajah seorang lelaki persis seorang badut dengan wajahnnya yang kelihatan sungguh pelik (dan hodoh?).


Maka dengan itu jadinya filem yang diterbitkan oleh Walt Disney ini kelihatan seolah-olah tidak ada apa apa keistimewaan langsung. Namun sebaik terpandang akan nama Johnny Depp di situ para peminat filem tentunya sedar akan auranya yang tiba-tiba marak dengan satu tarikan yang sangat kuat untuk menarik penonton ke pawagam memandangkan reputasi Depp sebelum ini yang gah dengan kejayaan Pirate of the Carribean, Charlie and the Chocolate Factory, Sleepy Hollow, The Corpse Bride dan lain-lain lagi.


Jadi kepada peminat-peminat filem fantasi khususnya peminat aktor Johnny Depp, jangan lupa ke pawagam 5 Mac nanti.


Read more »